
Kembara Mahkota Johor ini telah diilhamkan oleh baginda Sultan Ibrahim pada 2001 (yang ketika itu masih Tunku Mahkota Johor). Diadakan pada setiap tahun. Konsep yang masih sama seperti apa yang terdahulu dilakukan oleh raja & sultan di awal zaman kesultanan Johor; iaitu melawat tanah jajahan dan mendampingi rakyat jelata dengan menunggang kuda, dan kini ia telah dimodenkan melalui idea Kembara Mahkota Johor ini.Ironinya, kembara diraja ini menggunakan jalanraya sebagai laluan untuk edisi yang lepas, tetapi berbeza untuk edisi 2010 ini, kembara diraja ini menggunakan Keretapi Tanah Melayu (KTM) sebagai medium pengangkutan utama. Dan istimewanya, ia dipandu oleh baginda Sultan Ibrahim itu sendiri.
No comments:
Post a Comment