Monday, August 31, 2009
Friday, August 28, 2009
erat-erat
kasih ibu tiada akhirnya,
kasih bapa tiada gantinya,
genggam erat-erat,
peluk dalam-dalam,
kasih penghubung erat,
rindu berhias salam,
untuk semua silaturrahim,
marilah berpimpinan.
kasih bapa tiada gantinya,
genggam erat-erat,
peluk dalam-dalam,
kasih penghubung erat,
rindu berhias salam,
untuk semua silaturrahim,
marilah berpimpinan.
Tuesday, August 25, 2009
bibir naluri
seperti pelarian di tanah tandusbersama ribut pasir
sepasang tangan yang terlilit besi
lemahku mundar mandir
seketika,
langkahan ku berombak,
sambil berkompaskan timur,barat,utara dan selatan
terus saja aku berlari
tetapi apakan daya
larian yang tak berpenamat
terhenti sendiri
saat rantai terikat meregang
pada tiang lurus yang kuat
tercampak aku kebelakang
melantun deras menghempap bumi
satu petanda yang pasti
mungkin aku dapat berlari lagi
tapi mustahil aku dapat berlari dari diri sendiri
Friday, August 21, 2009
rasa baru
dapat satu rasa baru.
perasaan kematian.
semakin hari semakin dekat rasa.
bermula dari hebahan akhbar.artis-artis.celebriti-celebriti.
pergi tanpa diduga.
dan rasa ini terus semakin hampir.
apabila rakan terdekat juga pergi.
rasa kehilangan besar.Al-Fatihah untuknya.
apakah setiap saat kita memikirkan rasa ini?
kematian tidak mengenal waktu dan usia.
bayangannya akan selalu menerjah kotak fikiran kita.
disaat kita perlahan melupakannya.
mungkin sedar atau tidak.
itulah kematian.datang tanpa amaran.
perasaan kematian.
semakin hari semakin dekat rasa.
bermula dari hebahan akhbar.artis-artis.celebriti-celebriti.
pergi tanpa diduga.
dan rasa ini terus semakin hampir.
apabila rakan terdekat juga pergi.
rasa kehilangan besar.Al-Fatihah untuknya.
apakah setiap saat kita memikirkan rasa ini?
kematian tidak mengenal waktu dan usia.
bayangannya akan selalu menerjah kotak fikiran kita.
disaat kita perlahan melupakannya.
mungkin sedar atau tidak.
itulah kematian.datang tanpa amaran.
Thursday, August 20, 2009
malam tak diduga
Apa rasanya bila anda dibaling tepung.dibaling telur.di satu kawasan yang begitu asing.pada satu malam yang anda rasakan sepatutnya tenang.seharusnya tidur lena.
jawapannya.tak diduga.anda akan terbuai-buai dengan realiti kepala berlumuran tepung.baju bermandi telur 4 dozen disamping dinyanyikan lagu tema malam penuh warna serta kek yang benar-benar menyentuh rasa.rasa terharu bercampur gembira buat pertama kali.salam terima kasih sejumlah bintang-bintang dilangit.pada semua pengorbanan untuk malam tadi.
rasa sayang pada kawan-kawan semakin menebal.
untuk jangkaan saya yang lambat menghidu.saya akan ketawa sendiri.sambil terngiang dialog-dialog sepanjang semalam.memang saya akan ketawa sendiri.ketawa kerana sungguh merasakan dialog yang begitu kemas,terperinci dan sukar dibaca isi disebaliknya.
'hahaha' dalam hati.sambil senyum tulus sendiri.
meski ekspresi hanya mampu bisu terharu.tapi hakikat gembira yang bertapak di hati.
salam sayang kepada semua rakan-rakan.
untuk setiap inci pengorbanan.takkan semudah untuk melupakan 'malam yang tak diduga' ini.
terima kasih sekali lagi.:)
jawapannya.tak diduga.anda akan terbuai-buai dengan realiti kepala berlumuran tepung.baju bermandi telur 4 dozen disamping dinyanyikan lagu tema malam penuh warna serta kek yang benar-benar menyentuh rasa.rasa terharu bercampur gembira buat pertama kali.salam terima kasih sejumlah bintang-bintang dilangit.pada semua pengorbanan untuk malam tadi.
rasa sayang pada kawan-kawan semakin menebal.
untuk jangkaan saya yang lambat menghidu.saya akan ketawa sendiri.sambil terngiang dialog-dialog sepanjang semalam.memang saya akan ketawa sendiri.ketawa kerana sungguh merasakan dialog yang begitu kemas,terperinci dan sukar dibaca isi disebaliknya.
'hahaha' dalam hati.sambil senyum tulus sendiri.
meski ekspresi hanya mampu bisu terharu.tapi hakikat gembira yang bertapak di hati.
salam sayang kepada semua rakan-rakan.
untuk setiap inci pengorbanan.takkan semudah untuk melupakan 'malam yang tak diduga' ini.
terima kasih sekali lagi.:)
Monday, August 17, 2009
bila kuasa menjadi raksa
bila kuasa dah bertenggek di ubun kepala
mulalah lupa darat yang dipijak
belang dan taring
tak segan menampakkan diri
kalau dah nama kuasa
rasa diri sangatlah hebat
besar pengaruh
lagilah menyorong-nyorong
patutkah orang tunduk pada kita
bila kuasa sudah tersemat didada
pangkat sarjan,menteri,andaikanlah saja
wajarkah kita meninggi diri?
semua hendak disalahkan
walau sebab oleh telunjuk diri sendiri
orang lain yang dimakinya,yang ditudingnya
yang menjadi hamba
cuma tahu mengikut,mangangguk
macam anjing yang dibaling piring terbang
siapakah orang yang punya kuasa ini?
tahulah jawapannya sendiri
tanpa sedar,kuasa mudah memakan diri
itulah penangan kuasa
itulah bila kuasa menjadi raksa
mulalah lupa darat yang dipijak
belang dan taring
tak segan menampakkan diri
kalau dah nama kuasa
rasa diri sangatlah hebat
besar pengaruh
lagilah menyorong-nyorong
patutkah orang tunduk pada kita
bila kuasa sudah tersemat didada
pangkat sarjan,menteri,andaikanlah saja
wajarkah kita meninggi diri?
semua hendak disalahkan
walau sebab oleh telunjuk diri sendiri
orang lain yang dimakinya,yang ditudingnya
yang menjadi hamba
cuma tahu mengikut,mangangguk
macam anjing yang dibaling piring terbang
siapakah orang yang punya kuasa ini?
tahulah jawapannya sendiri
tanpa sedar,kuasa mudah memakan diri
itulah penangan kuasa
itulah bila kuasa menjadi raksa
Saturday, August 8, 2009
Realiti kebosanan
kuat mana pun kita
pasti lemah dalam persoalan
dahagakan kepastian
itulah realitinya
berbuih suara sekeliling
lagi menambahkan kalut
lagi menyesakkan
hari-hari yang membosankan
suhu emosi menanti didih
selagi boleh bersandar tabah
yang kecil dan halus rangkanya
bersandarlah
jangan biarkan anda rebah
kerana tak semudah kita boleh berpatah
sekali terpijak tahi, baunya bukan kepalang
hari ini, masih lagi semalam
tiada apa beza
detik yang mencurigakan
lagi membosankan
pasti lemah dalam persoalan
dahagakan kepastian
itulah realitinya
berbuih suara sekeliling
lagi menambahkan kalut
lagi menyesakkan
hari-hari yang membosankan
suhu emosi menanti didih
selagi boleh bersandar tabah
yang kecil dan halus rangkanya
bersandarlah
jangan biarkan anda rebah
kerana tak semudah kita boleh berpatah
sekali terpijak tahi, baunya bukan kepalang
hari ini, masih lagi semalam
tiada apa beza
detik yang mencurigakan
lagi membosankan
Gagak Hitam
gagak-gagak hitamberselayur di buangan
senyumnya hitam
bertampuk-tampuk
paruhnya mendukung kelam
purnama malam ini
ku tahu suram
dibingkis lorong-lorong
gagak-gagak hitam
umbuk berbisik-bisik
mendahagakan kuak-kuak
layung sebelum malam
kau berlegar
mengisilah durjana
menjajalah nestapa
melacurlah waktu
gagak gagak hitam
semalaman bermandi nista
bila turun hujan
engkau pun tak tahu
waspadalah
siramlah kotor bulumu
kemudian berwangian zaitun
kembalilah ke pangkuan
wahai gagak hitam
matamu masih memancar
hidungmu masih lagi tajam
ku tahu jiwamu
masih lagi berbaki damai
galilah telaga ihsan
hulurkan tanganmu
buat anak-anak yang gering haus
dengan air jernih yang tertinggal
berbiring telus dari keringat
di celahan jarimu
selagi berkesempatan
Sunday, August 2, 2009
H1N1
Sekarang memang musim demam yang teruk.paling2 teruk demam disebabkan H1N1.akan nampak bila kita banyak menggunakan 'public transport'.ramai orang batuk2,selsema,kelihatan murung.tak tahulah kita sebab apa.tapi berjaga-jagalah wahai kawanku dari demam yang disebabkan H1N1.walau sedikit usaha,pun dah memadai.yang penting doa dan amalan berterusan kepada Ilahi moga dihindarkan dari terkena wabak H1N1.wabak yang sangat bahaya.wabak yang menjadi pencetus kepada tsunami sedunia.atau mungkin juga boleh dianggap sebagai 'declaration war' oleh bangsa Israel.kenapa ya?masakan tidak,disebabkan virus yang diciptakan mereka,nantinya akan diubati oleh vaksin ciptaan mereka juga.adakah ini satu bentuk tuduhan palsu?wallahu'alam.janganlah kita kalah kepada mereka dalam apa keadaan sekalipun.ini semua permainan dunia,yang disusun mereka.yang penting terus yakin dengan bantuan Allah,sebab walau apapun agenda tersirat,yang pastinya ini merupakan ujian dari-Nya.lengkapkan amal ibadah kita dengan ikhlas,dan Allah akan terus pastikan virus ini tidak menjangkiti anda.
so my friend,lets together against it.the war just begin,beware.
so my friend,lets together against it.the war just begin,beware.
Saturday, August 1, 2009
kusut
kemuncak semalam
bersandar dalam kelam
bertatah kabut yang berselirat
gusar bahasa badan
diikut lenggok keriut-keriut wajah
mencerita yang kusut mendatangi
aduhai
angin tubuh tak menentu lagi
langit di persekitaran
menyeret sama suram
yang menyulam akal
baur hasutan menyorong-nyorong
semangat rebah terhempap
ditimpa kusut yang polos
pagi ini
jiwa merasakan
gerak lidah memutuskan
isyarat tubuh mengkonkritkan
dihujani dengan sorakan alam
"Ya, aku terpaksa ponteng kelas pagi ini"
haduhaii..
janganlah dicontohi tindakan saya ini.
sungguhnya sangat terdesak saya kali ini.
puas memikirkan, nah inilah keputusannya.haha
bersandar dalam kelam
bertatah kabut yang berselirat
gusar bahasa badan
diikut lenggok keriut-keriut wajah
mencerita yang kusut mendatangi
aduhai
angin tubuh tak menentu lagi
langit di persekitaran
menyeret sama suram
yang menyulam akal
baur hasutan menyorong-nyorong
semangat rebah terhempap
ditimpa kusut yang polos
pagi ini
jiwa merasakan
gerak lidah memutuskan
isyarat tubuh mengkonkritkan
dihujani dengan sorakan alam
"Ya, aku terpaksa ponteng kelas pagi ini"
haduhaii..
janganlah dicontohi tindakan saya ini.
sungguhnya sangat terdesak saya kali ini.
puas memikirkan, nah inilah keputusannya.haha
Subscribe to:
Posts (Atom)
