Monday, June 28, 2010

Kembara Mahkota Johor 2010

Kembara Mahkota Johor ini telah diilhamkan oleh baginda Sultan Ibrahim pada 2001 (yang ketika itu masih Tunku Mahkota Johor). Diadakan pada setiap tahun. Konsep yang masih sama seperti apa yang terdahulu dilakukan oleh raja & sultan di awal zaman kesultanan Johor; iaitu melawat tanah jajahan dan mendampingi rakyat jelata dengan menunggang kuda, dan kini ia telah dimodenkan melalui idea Kembara Mahkota Johor ini.

Ironinya, kembara diraja ini menggunakan jalanraya sebagai laluan untuk edisi yang lepas, tetapi berbeza untuk edisi 2010 ini, kembara diraja ini menggunakan Keretapi Tanah Melayu (KTM) sebagai medium pengangkutan utama. Dan istimewanya, ia dipandu oleh baginda Sultan Ibrahim itu sendiri.

Wednesday, June 23, 2010

Friday, June 18, 2010

Dasyatnya pemodenan

pemodenan,
diteroka setiap lapisan,
hingga terampilnya teras,
malangnya,
pentela'ahan dipulaukan,
hingga tirisnya pembangunan,

pemodenan,
sering diigaukan,
oleh para bangsawan,
yang berdiri di pentas mendabik dada,
berdengus, "akulah pembela negara".

malangnya,
rakyat jelata tak dihiraukan,
dihamparkan di lautan pemodenan ciptaan,
tanpa belas ikhsan,
tanpa keseimbangan,
terkapai-kapai mencari pelabuhan,

itulah dasyatnya pemodenan,
apabila membelakangkan amanat Tuhan.
kembalilah wahai pemimpin!

Thursday, June 17, 2010

Pejuang Sejati

"seorang pejuang yang sejati ialah ; lahirnya ia dari tanah(rakyat), dan matinya juga untuk tanah."

Monday, June 14, 2010

wajah baru

wajah baru.
sememangnya dinantikan.semoga setiap alunannya bernafas segar.