Thursday, December 24, 2009

Persediaan

aduhai
bercampingan tutur
bersiuran gayanya

wataknya dicurigai sendiri
mengira detik sepersatu
sambil terus melangkah
hilai tawa sibuk
orang yang berserakan
menambah lagi desus

aduhai
tanggapan yang merencana
rancak menghauskan

arus menanti terus
setiapnya menaruh pembalikan
menghadirkan sepersaat nikmat
selagi belum tiba

Tuesday, November 3, 2009

kosong

Aku rasa, setiap yang diluahkan melalui bahasa tubuh yang diiringi keringat semangat adalah lebih ikhlas maknanya dan jujur penyampaiannya dari hanya serangkap perkataan yang terluah oleh gerakan bibir yang 'kosong' isinya, hanya bersandar pada halwa dan ritma sebagai pengindahnya..itu adalah pelajaran kepada aku untuk hari ini dan hari mendatang.

Friday, October 23, 2009

secawan kopi

sesaat seperti setahun rasanya sekarang..
setiap detik itu sentiasa menjelaskan sesuatu..
pengalaman, ragam hidup..
semua itu saling bergandingan..
seperti daun-daun yang tak pernah rela untuk gugur..
masam, manis, pahit semuanya dirasakan..
inikah dinamakan hidup?
sebab itulah berkobar orang mengatakan supaya hargainya..
mungkin..
sebab aku sangatlah tidak matang untuk menafsirkannya..
perlukan semangat dari semua nyawa di bumi..
dan terima kasih kepada semua inspirasi..
sekarang..
cuma memerlukan secawan kopi..
untuk semua barah ngantuk yang melanda.

Wednesday, October 14, 2009

hati-hati

lupakah tanah,
segayung resah yang kau curah,
segenggam darah yang kau tadah,
terpalit merahnya,
di hati-hati.

Saturday, September 12, 2009

Selangit Damai

Lihatlah sana
benar-benar di gigi awan
burung-burung camar berterbangan

Lihatlah sana
tepat di lidah langit
mega senja jingga kemerahan

Lihatlah sana
diperkarangan ombak
tertulis puisi beritma

Lihatlah sana
sang kecil berlari di tepian
ketawa, menghilai indah

Lihatlah sana
para penghuni pantai
turut menemani dengan siulan

Lihatlah sana
saki baki petang yang tenang
sebelum malam menghabiskan sisa senja
rasailah sepuasnya nikmat sehari yang damai
esok terbitnya tentu belum pasti

Tuesday, September 8, 2009

fokus yang hilang

nampak tenang air di permukaan,
dalamnya gelombang dasyat,
nampak seri bunga di darat,
tapi akarnya berserabut.
nampak licin,rata lantai,
tapi retak di bawah siapa la tahu.

Friday, September 4, 2009

sabar

bila terfikir semula,dugaan datang seperti hujan mencurah-curah.
seperti hujan yang turun mengisi hening pagi Ramadhan.
tetapi bila terfikir sebaliknya,inikan bulan yang penuh barakah.
tidak perlu melatah,cuba bersabar,dan beranggapan ini satu ujian.
setiap saat memerlukan ketabahan.
pasti akan tersenyum kita di kemudian.=)

Thursday, September 3, 2009

keras hati

sekeras kulit,lagikan isinya
itulah hati yang keras
dipandu akal yang lemas

lembut gigi kau dari lidah
malam berganti malam berlalu
tak pernah teringin melihat siang

Tuesday, September 1, 2009

Hujan Lebat

hujan lebat di pagi Ramadhan.
gerak terbatas.
air berdetap jatuh ke atas zink.
meragui detik jam di pergelangan.
seperti cepat masa pergi.
langit muram.

mungkinkah ini rahmat?

dari tuhan,untuk menyejukkan.
untuk aku.
tinggal hanya bantal busuk dan tilam bujang.

Monday, August 31, 2009

Friday, August 28, 2009

erat-erat

kasih ibu tiada akhirnya,
kasih bapa tiada gantinya,
genggam erat-erat,
peluk dalam-dalam,
kasih penghubung erat,
rindu berhias salam,

untuk semua silaturrahim,
marilah berpimpinan.

Tuesday, August 25, 2009

bibir naluri

seperti pelarian di tanah tandus
bersama ribut pasir
sepasang tangan yang terlilit besi
lemahku mundar mandir
seketika,
langkahan ku berombak,
sambil berkompaskan timur,barat,utara dan selatan
terus saja aku berlari

tetapi apakan daya
larian yang tak berpenamat
terhenti sendiri
saat rantai terikat meregang
pada tiang lurus yang kuat
tercampak aku kebelakang
melantun deras menghempap bumi

satu petanda yang pasti
mungkin aku dapat berlari lagi
tapi mustahil aku dapat berlari dari diri sendiri

Friday, August 21, 2009

rasa baru

dapat satu rasa baru.
perasaan kematian.
semakin hari semakin dekat rasa.
bermula dari hebahan akhbar.artis-artis.celebriti-celebriti.
pergi tanpa diduga.
dan rasa ini terus semakin hampir.
apabila rakan terdekat juga pergi.
rasa kehilangan besar.Al-Fatihah untuknya.
apakah setiap saat kita memikirkan rasa ini?
kematian tidak mengenal waktu dan usia.
bayangannya akan selalu menerjah kotak fikiran kita.
disaat kita perlahan melupakannya.
mungkin sedar atau tidak.
itulah kematian.datang tanpa amaran.

Thursday, August 20, 2009

malam tak diduga

Apa rasanya bila anda dibaling tepung.dibaling telur.di satu kawasan yang begitu asing.pada satu malam yang anda rasakan sepatutnya tenang.seharusnya tidur lena.
jawapannya.tak diduga.anda akan terbuai-buai dengan realiti kepala berlumuran tepung.baju bermandi telur 4 dozen disamping dinyanyikan lagu tema malam penuh warna serta kek yang benar-benar menyentuh rasa.rasa terharu bercampur gembira buat pertama kali.salam terima kasih sejumlah bintang-bintang dilangit.pada semua pengorbanan untuk malam tadi.
rasa sayang pada kawan-kawan semakin menebal.
untuk jangkaan saya yang lambat menghidu.saya akan ketawa sendiri.sambil terngiang dialog-dialog sepanjang semalam.memang saya akan ketawa sendiri.ketawa kerana sungguh merasakan dialog yang begitu kemas,terperinci dan sukar dibaca isi disebaliknya.
'hahaha' dalam hati.sambil senyum tulus sendiri.
meski ekspresi hanya mampu bisu terharu.tapi hakikat gembira yang bertapak di hati.
salam sayang kepada semua rakan-rakan.
untuk setiap inci pengorbanan.takkan semudah untuk melupakan 'malam yang tak diduga' ini.
terima kasih sekali lagi.:)

Monday, August 17, 2009

sawah padi

tiga sekawan

bila kuasa menjadi raksa

bila kuasa dah bertenggek di ubun kepala
mulalah lupa darat yang dipijak
belang dan taring
tak segan menampakkan diri

kalau dah nama kuasa
rasa diri sangatlah hebat
besar pengaruh
lagilah menyorong-nyorong
patutkah orang tunduk pada kita
bila kuasa sudah tersemat didada
pangkat sarjan,menteri,andaikanlah saja
wajarkah kita meninggi diri?

semua hendak disalahkan
walau sebab oleh telunjuk diri sendiri
orang lain yang dimakinya,yang ditudingnya
yang menjadi hamba
cuma tahu mengikut,mangangguk
macam anjing yang dibaling piring terbang

siapakah orang yang punya kuasa ini?
tahulah jawapannya sendiri
tanpa sedar,kuasa mudah memakan diri
itulah penangan kuasa
itulah bila kuasa menjadi raksa

Saturday, August 8, 2009

Realiti kebosanan

kuat mana pun kita
pasti lemah dalam persoalan
dahagakan kepastian
itulah realitinya
berbuih suara sekeliling
lagi menambahkan kalut
lagi menyesakkan
hari-hari yang membosankan
suhu emosi menanti didih
selagi boleh bersandar tabah
yang kecil dan halus rangkanya
bersandarlah
jangan biarkan anda rebah
kerana tak semudah kita boleh berpatah
sekali terpijak tahi, baunya bukan kepalang
hari ini, masih lagi semalam
tiada apa beza
detik yang mencurigakan
lagi membosankan

Gagak Hitam

gagak-gagak hitam
berselayur di buangan
senyumnya hitam
bertampuk-tampuk
paruhnya mendukung kelam
purnama malam ini
ku tahu suram
dibingkis lorong-lorong


gagak-gagak hitam
umbuk berbisik-bisik
mendahagakan kuak-kuak
layung sebelum malam
kau berlegar
mengisilah durjana
menjajalah nestapa
melacurlah waktu

gagak gagak hitam
semalaman bermandi nista
bila turun hujan
engkau pun tak tahu
waspadalah
siramlah kotor bulumu
kemudian berwangian zaitun
kembalilah ke pangkuan

wahai gagak hitam
matamu masih memancar
hidungmu masih lagi tajam
ku tahu jiwamu
masih lagi berbaki damai
galilah telaga ihsan
hulurkan tanganmu
buat anak-anak yang gering haus
dengan air jernih yang tertinggal
berbiring telus dari keringat
di celahan jarimu
selagi berkesempatan

Sunday, August 2, 2009

H1N1

Sekarang memang musim demam yang teruk.paling2 teruk demam disebabkan H1N1.akan nampak bila kita banyak menggunakan 'public transport'.ramai orang batuk2,selsema,kelihatan murung.tak tahulah kita sebab apa.tapi berjaga-jagalah wahai kawanku dari demam yang disebabkan H1N1.walau sedikit usaha,pun dah memadai.yang penting doa dan amalan berterusan kepada Ilahi moga dihindarkan dari terkena wabak H1N1.wabak yang sangat bahaya.wabak yang menjadi pencetus kepada tsunami sedunia.atau mungkin juga boleh dianggap sebagai 'declaration war' oleh bangsa Israel.kenapa ya?masakan tidak,disebabkan virus yang diciptakan mereka,nantinya akan diubati oleh vaksin ciptaan mereka juga.adakah ini satu bentuk tuduhan palsu?wallahu'alam.janganlah kita kalah kepada mereka dalam apa keadaan sekalipun.ini semua permainan dunia,yang disusun mereka.yang penting terus yakin dengan bantuan Allah,sebab walau apapun agenda tersirat,yang pastinya ini merupakan ujian dari-Nya.lengkapkan amal ibadah kita dengan ikhlas,dan Allah akan terus pastikan virus ini tidak menjangkiti anda.
so my friend,lets together against it.the war just begin,beware.

Saturday, August 1, 2009

kusut

kemuncak semalam
bersandar dalam kelam
bertatah kabut yang berselirat
gusar bahasa badan
diikut lenggok keriut-keriut wajah
mencerita yang kusut mendatangi
aduhai
angin tubuh tak menentu lagi
langit di persekitaran
menyeret sama suram
yang menyulam akal
baur hasutan menyorong-nyorong
semangat rebah terhempap
ditimpa kusut yang polos
pagi ini
jiwa merasakan
gerak lidah memutuskan
isyarat tubuh mengkonkritkan
dihujani dengan sorakan alam
"Ya, aku terpaksa ponteng kelas pagi ini"

haduhaii..
janganlah dicontohi tindakan saya ini.
sungguhnya sangat terdesak saya kali ini.
puas memikirkan, nah inilah keputusannya.haha

Saturday, July 25, 2009

Mata permata di pembukaan semester!

Indahnya senyum matahari!
terang lagi bersinar
menyimpan beribu harapan
yang jauh berbatu
jauh lagi di dasar hati

dan disebalik bayang-bayang
kelibat penuntut baru
tersimpan nafsu membuak
rasa menjangkau keinginan
perasaan bangga
menjadi anak perantauan
dan dalam lingkungan kecil
terasa seperti keanak-anakan
anak kecil yang bermudik dengan perahu usang
berlabuh di suatu penempatan
yang bernama perkampungan universiti

hahaha.tahniah kepada semua penuntut baru UniKL MIIT!anda sememangnya layak menjadi mata hati kepada universiti ini.jadi buktikanlah mata anda,bukan mata yang senyum palsu menyembunyikan sesuatu,tetapi mata yang didukung inspirasi dan wawasan yang wajar direalisasikan.belum ada kata muktamad atau titik noktah untuk anda bertempik mengatakan disinilah destinasinya.walhal sebenarnya universiti ini hanyalah penghubung kepada satu dimensi, yang dikenalpasti sebagai KEJAYAAN.jadi teruslah mengorak langkah,langkah kanan yang disertakan keazaman untuk maju ke hadapan.keriangan di tujuh hari pertama ini wajar diakhiri dengan perkara yang sama,di samping segenggam ijazah di tangan.

salam perkenalan kepada semua penuntut baru Unikl MIIT=)
salam jabat mesra dari saya!

Saturday, July 18, 2009

Arsenal 09/10

welcome to new season.
watch out!Arsenal gonna make a bang!
Bombambbanggg!!
hahaha

Tuesday, July 14, 2009

Menglobalkan panji Islam

Bertunjang slogan, "Satulah wahai bangsa dunia dengan Islam!", mungkin dapat membawa kita kepada realiti, kemuncak visi dan meneguhkan lagi aspirasi pengglobalan syiar Islam itu. Utamanya, haruslah kita menidakkan kebangkitan zionis dan 'rejim'nya dalam apa jua bentuk penentangan terhadap Iblis dunia itu. Tidak mahukah nanti, kita akan dapat melihat kanak-kanak di seluruh dunia berlari riang, bertakbir sambil memegang panji-panji Islam? Di suatu sudut pula, terlihat akan kemenangan Islam. Jawapannya, ya. Sejauh mungkin, sedalam yang benar. Oleh hal yang demikian, teruskanlah menahan kemaraan visi Yahudi yang ingin membumbungi dunia ini dengan kuasa ekonomi; yakni memboikot segala material yang berkait rapat dengan Israel, langsung jenama produk keluaran pasca gabungannya, yang mana memungkinkan sumbangan kepada ekonomi bangsa yahudi ini dari pelbagai sudut, dari setiap aspek. Semoga usaha ini, walau dilihat kecil tetapi berupaya menggoncangkan keselesaan bangsa Yahudi ini. Ingatlah, penyatuan dunia kepada Islam akan memberi tamparan kepada sekutu-sekutu Israel, malah mungkin juga meleraikan ikatan sulit mereka dengan bangsa terkutuk itu, seterusnya mutlak berpihak kepada syiar Islam. Samalah kita berterusan mendoakannya. Amin~


Gempa di Seberang


Berita Kepada Kawan


Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayangnya kau tak duduk di sampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan~

Tubuhku tergoncang dihempas batu jalanan
Hati terketar menatap kering rerumputan
Perjalanan ini seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih~

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika dia kutanya mengapa
Bapak ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini~

Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang
Kepada ombak
Kepada matahari
Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit~

Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang

artis : Ebiet G. Ade

Ulasan
Mengulang renung bait-bait lirik lagu ini, benar-benar puitis, kemanisannya meresap jiwa dan turut membawakan kita menyelusuri hati mangsa bencana gempa di Indonesia. Pada kita umat Malaysia, janganlah sesekali merasa beruntung dan yakin bumi anda bebas dari alir gempa itu. Apa jua susur bencana yang melabuh, samalah kita menggengam iktibar dan sentiasa 'iktikad bahawa segala permusibahan dan malapetaka itu adalah teguran Allah untuk dosa ternoda yang dilanjuri kita di bumi, supaya dapat kita berpatah arang; yakni menongkah arus kembali kepada-Nya. Moga Allah akan terus merahmati hidup kita berbilang warna di Malaysia ini supaya terus makmur dengan limpahan kurnia-Nya, disamping terus mengukuhkan lagi bahtera iman kita untuk menghadapi layar dunia fana yang terumbang-ambing ini, dengan jaminan-Nya sebuah laman syurga nanti yang jelas dan abadi, Insya-Allah.


Friday, July 10, 2009

Sains di bumi Melayu

Tertarik dengan sebuah artikel dari salah satu akhbar tempatan baru-baru ni, terdetik untuk saya kongsikan bersama semua rakan. Artikel mengenai kefahaman tentang sains yang telah lama bertapak di bumi Tanah Melayu itu membicarakan tentang sejarah awal penggunaan istilah 'kuman'. Di situ juga menggambarkan istilah 'kuman' ini telah digunakan sejak awal zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, yang bermakna mungkin juga setelah dikenalpasti dan difahami konsep kepenggunaan istilah ini sebelum kedatangan Parameswara ke Tanah Melayu. Beberapa contoh pepatah dari istilah 'kuman' disisipkan sekali agar kita semua dapat menilai kebenaran bahawa kefahaman sains itu telah bertapak dalam kalangan masyarakat Melayu sejak dahulu kala. Pepatah di bawah ini semua telah dilabelkan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai khazanah Melayu di mana sejarah menyatakan bahawa penciptaan pepatah tersebut semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Peribahasa Melayu
  • 'Kuman menjadi barah' (pekung) iaitu perkara kecil menjadi besar kerana dibiarkan.
  • 'Kuman di seberang lautan tampak, gajah (bertengger) di pelupuk mata tiada tampak'. Maksud peribahasa ini, kesalahan orang lain dapat dilihat sedangkan kesalahan diri sendiri tidak disedari.
  • 'Matilah kuman kena pelantik sekalian alam limpah darahnya'. Bermaksud, orang kebanyakan berkahwin dengan orang bangsawan, menjadi buah mulut orang akan halnya.
  • 'Mencungkil kuman dengan alu' pula bermaksud membuat pekerjaan yang sia-sia. Contohnya, usaha meningkatkan mutu bahasa Inggeris dalam kalangan murid dengan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris adalah sia-sia. Ini terbukti dengan pemansuhan program tersebut yang diumumkan baru-baru ini kerana analisis keputusan pelajar yang jatuh merosot.
Manuskrip Melayu
  • Contoh kisah termasyhur mengenai penggunaan istilah 'kuman' adalah semasa peristiwa Sultan Melaka pergi meminang Puteri Gunung Ledang.

    Antara syarat-syarat peminangan yang diminta puteri itu kepada Tun Mamat dan Laksamana Hang Tuah difahamkan adalah seperti berikut:

    • 1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang.
    • 1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
    • 7 dulang hati nyamuk.
    • 7 dulang hati 'kuman'.
    • 7 tempayan air mata anak dara.
    • 7 tempayan air pinang muda.
    • 1 mangkuk darah anak raja
Untuk seketika, marilah kita menganggap kisah itu adalah kisah benar untuk menyedapkan lagi ceritera mengenai 'kuman' ini. Yang menariknya, di artikel itu telah difahamkan bahawa Tun Seri Lanang lewat Sulalatus Salatin menjelaskan semua permintaan itu telah berjaya ditunaikan termasuk 'membedah kuman' untuk dimasukkan ke dalam tujuh dulang.

Hanya permintaan terakhir syarat peminangan itu yakni semangkuk darah anak raja saja yang tak dapat dipenuhi Sultan Melaka. Pada kefahaman umumnya, mungkin kisah peminangan agung ini hanyalah cerita berkias untuk disandarkan pada kezaliman pemerintah sahaja. Namun, apa yang menarik perhatian kita ialah kefahaman rakyat umum mengenai kehadiran 'kuman' itu di dalam masyarakat Melayu.

Dan apa yang pasti, ketika orang Melayu mula mencipta istilah 'kuman' dan mula faham pengertian, konsep, gambaran yakni binatang yang dapat difahami sebagai halus dan sukar dilihat mata kasar (sekalipun tiada penggunaan mikroskop), pada masa itu belum ada dasar yang memaksa Melayu era zaman keemasannya (Kesultanan Melayu Melaka, Sriwijaya, Majapahit dll) belajar, berguru dalam bahasa penjajah; baik Inggeris mahu pun Portugis.

Lagi, perlu diingatkan juga, istilah 'kuman' ini mungkin juga merupakan satu dari beribu-ribu istilah sains lain yang difahami masyarakat Melayu dahulu. Bagaimana dengan racun, kulat dan istilah-istilah yang lain? Jelasnya Bahasa Melayu itu sendiri tidak pernah miskin dari istilah sains. Bukan dari segi istilah sahaja, tapi kefahaman dan pengkajian sains itu sejak dahulu kala di bumi Melayu itu memang tidak dapat disangkal lagi. Wallahua'alam.



Thursday, July 9, 2009

Melepaskan batuk ke tangga?

Apakah selama ini cuma melepaskan batuk ke tangga?
mencurahkan air ke daun keladi?
hanya berhalusinasi, atau sebenarnya memasang visi?
terlalu yakin air yang disalurkan ke dalam buluh yang panjang, keluar menjadi air gula.
walau bertahun terpaksa menunggu.
atas omongan bahawa kepastian untuk kejayaan yang ditagihkan.
sekalipun terpaksa mengorbankan kepentingan lain, atas kuasa memutuskan yang dimiliki.
kuasa yang berupa mandat.
apakah sebenarnya yang diimpikan?
pelaksanaan sesuatu dasar, harus diangkat mengikut skop perspektif yang meluas.
itulah apa yang dimaksudkan 'mandat'.
tepukkan dada tanya selera.

Bertahun menelan air liur sendiri.
yang lama kelamaan menjadi racun.
racun yang kemudian diminumkan kepada anak sendiri.
bila sudah mati anak.
bila sudah terjuih pekung di dada.
barulah sedar akan silap sendiri.
hendak mimpi yang indah,
tapi disuruh baca doa sebelum tidur pun tak mahu.
penghabisannya cuma mimpi buruk yang buat sendiri berpeluh-peluh.
hahaha

yang kurik itu kendi,
yang merah itu saga,
yang baik itu budi pekerti,
yang indah itu bahasa ibunda,

bahasa yang sarat nilai dan kaya dengan sejarah tersendiri.
bahasa yang diakui dunia akan struktur kosa katanya yang unik.
bahasa yang diyakini dapat menyatukan.
bahasa yang takkan kering dihirup zaman.
bahasa yang tidak membelakangi pencintanya.
itulah BAHASA MELAYU.

Tuesday, July 7, 2009

warna-warna kehidupan










Petang yang berwarna-warni,
menatap wajah langit, tersentap mata hati,
saujana pantai memutih, air yang membiru,
dunia terasa bagai tiada berpenghujung,
seperti indah selamanya,
rimbunan pepohon kelapa dan rhu,
seakan memagari pantai dari amukan ombak,
malah liang liuknya,
terasa santun mata, terpukau jiwa,
gebu pasir yang menenggelamkan,
terasa hangat meski,
tubuhku tergigil oleh desir bayu laut,
kocak yang berlabuh, membawa pergi semua,
tinggal hanya pepasir di bawah kaki,
begitu seterusnya tanpa jemu,
unggas yang tertenggek di ceracak,
beting pasir dan pulau kecil,
melambai-lambai dan bersiul menyanyi,
melodi petang yang indah,
lirik yang menceritakan segalanya,
ritma yang sarat dengan warna-warna kehidupan.

Saturday, July 4, 2009

Ragam di pagi hari

haii..
sampai tertumpah air yang nak dicicah
yang dicicah cuma biskut marie 12 gram
kan boleh cicah elok-elok
cuma biskut kecik je
sabar ya..
hahaha

Friday, July 3, 2009

Pak Pandir Memimpin Kebodohannya Sendiri

Pak Pandir?
Siapa tak kenal dengan orang ni.
Satu Malaya khususnya.
Sungguhnya dia memang terkenal.
Terkenal dengan kebodohan melampau yang tak disengajakan dia.
Sedikit cerita untuk menggambarkan tahap kebodohan dia;

Suatu hari Pak Pandir
diminta isterinya carikan anaknya
yang keluar dan tak pulang-pulang
lalu mencarilah Pak Pandir tanpa banyak soal
tapi dalam perjalanan mencari anaknya
ternampak satu pokok mangga yang lebat buahnya
dasar nafsu membuak-buak
terhenti perjalanan mencari anaknya
beralih pula ke buah mangga yang tampak segar
lalu diambilnya batu sebesar kelingking
dibalingnya bertubi-tubi ke arah buah itu
dengan harapan mengena satu
malang sekali balingannya langsung tak tepat
setelah penat berganti petang semakin hampir
lupa berlauk kebodohannya perihal mencari anaknya
malah idea lain Pak Pandir datang, tamak berhaloba
kali ini, tiada apa yang beza
cuma saiz batu yang agak besar
bukan agak,tapi sebenarnya memang besar
dengan harapan dapat mengenai lebih banyak
walaupun satu pun belum terjamah
lalu dibalingnya
juga tidak tepat
tapi lain pula yang jadi
balingan batu besar tadi jatuh menghempap seorang budak
yang kebetulan lalu dibawah itu
sampai mati tercungap budak itu dibuatnya
oleh kerana ketakutan teramat sangat
Pak Pandir meninggalkan kawasan tu
dan terus pulang ke rumah
terus dimarahnya dia oleh Mak Andeh sesampai di rumah
kerana sampai ke petang masih tak dapat jumpa anaknya
Pak Pandir termenung nasibnya di anjung rumah
tanpa tersedar yang terhempap batu balingannya tadi anaknya
anaknya yang cuma pulang belajar di rumah kawan
pulang melalui jalan itu, kebetulan melalui bawah pokok mangga itu
tak disangka hayat berakhir memalukan
kerana kebodohan ayahnya sendiri
menunggulah sepurnama kepulangan anaknya yang sudah tiada
anak tak berdosa yang terkubur di bawah pokok mangga

Masih ada lagikah orang sebegini pada zaman sekarang?
Masih adakah orang yang bodoh seumpama ini?
Di rumpun Malaysia seumpamanya.
Baik golongan intelek mahupun yang duduk serendah-rendah kerusi.
Kadang-kadang ada tindak-tanduk yang tanpa sedar
menyerupai kebodohan Pak Pandir
Hahaha.
Betul ke?
Siapa tahu..

Wednesday, July 1, 2009

Di pelabuhan nyata; bersauh rasa

Terasa benar hati
sayup jauh
dari benih nurani
yakin dan pasti benarnya
simpul bertaut pada satu
pepohon rimbunan basah
setanggi jambangan kalimah
sesisir mutiara
berbingkai pilu deras

ya Rabb
suburkan jiwaku
dengan belaian dan puji-pujian
rindu pada-Mu
basuhi pembuluhku
dari cairan raksa
guris-guris dosa
duri sembilu
di benak ini

ya Rabb
tusukkan cinta abadi
padaku lambaian syurga
seharum fajar kasturi
sebugar bebuahan zaitun
persis tenang air yang beralun
rayuku
tawarlah dariku gelojak
mentari nafsu
panahan dunia kelabu
sehambar kicauan gagak


Tuesday, June 30, 2009

Munafik mengadu domba, Si Bongkak percaya

Kau bermuka-muka
iras ribu-ribu padan satu
hari ini jadi Bakar
esok jadi Abu
lusa tulat pun belum tentu

Kau bermulut madu
kata-kata pesona digarap yakin
ditambah dengan gaya raja bahas dan senyum manis
ayat berangkai disusun bak kuih lapis
hingga sukar ditafsir niat
disebaliknya pisau cukur
yang membuat telinga akur
terangguk-angguk

Kau sebenar siapa?
bijak melontar
cerdik memutar
isu sejemput
dihidang rata berlainan rasa
melaga-laga si polan dan si polan
badai bergolak diruntun tsunami
kau berdiri berpeluk tubuh sekerat
terbahak besar
perang tumbuh merata
apa itu yang kau mahu?

Bila terjentik hidung
mula terbelalak mata
simpati diraih
mulut madu jadi hempedu
tapi lambat
nasi sudah menjadi bubur
api sudah menjadi arang

Oi Sang Munafik!
cerminlah diri
tanggalkan topeng berwarna-warna
samalah kita suburkan
rasa hormat-menghormati
dan saling percaya

Untuk Si Bongkak
kenapa membenci dan hasad?
bukankah rupa, pangkat dan darjat
kepandaian dan harta
hanya pakaian dunia?
hanya timbang amal
dapat hindarkan api Jahannam
biarkan Munafik terjun dengan labu-labunya seorang
jangan dituruti langkahnya
hahaha

Friday, June 26, 2009

'orang sekarang'

mudahnya lah 'orang sekarang' meludah kata
kadang-kadang tak pandang kiri kanan depan belakang
yang diludahnya pula
sarat nista dan dusta
macam ibu yang sarat mengandung anak derhaka

yang menjilat
seperti terpijak najis di kaki
tapi bertubi-tubi tempiasnya kena kat muka
tapi masih lagi boleh berdiam
membiarkan kebenaran
menegakkan benang yang basah

tengok saja berita-berita
akhbar-akhbar
terbuktikan?
semua menggila-gila menunjang agenda
kadang-kadang hak dan batil
dianaktirikan
hahaha
macam segulung filem rosak yang diulang mainkan

Wednesday, June 24, 2009

maaf & terima kasih

terima kasih diatas semua jasa anda baik yang kecil atau besar,yang saya tak terucap.
mohon kemaafan untuk semua salah silap baik yang kecil atau besar,yang saya tak terucap.

Wednesday, June 17, 2009

Good-bye Days

I feel like going to see you right now because
I want you to hear this tune that's in my pocket
Slowly rise up the volume when you judge it

Oh good-bye days,
Now I feel that it's changing,
Up until yesterday
It felt so long

Even though I'm not that cool,
You kindly stay by my side
~ with you

--------------------------------------------------

I pass over the other side of my earphone to you
And in this moment,
We listen to the music as it slowly flows
Is this a good relationship?
Even though I sometimes feel lost

Oh good-by days,
Now it started to changed,
The inside of my chest feels alright

Even though I'm not that cool,
You kindly stay by my side
~ with you

--------------------------------------------------

If possible,
I don't want to feel sorrow,
But is that even possible?

It would've been good
If I smiled and said
something like
"Yeah, hello my friend!!"

I wish that we are next to each other
Whistling the same tune

I'm not that cool,
But it would be nice if we see each other again
~ Good-bye days!

Theme song for Taiyo No Uta The Movie
Artist : Yui

Tuesday, June 16, 2009

love peace!

Apa terjadi kat pokok ni?
ni pokok durian depan rumah nenek aku.
dia kurang zat besi ke?
ke kurang protein?
risau jugak,tunggu masa nak tersungkur.
takut hempap rumah atuk aku.
tapi aku rasa tak,sebab akar dia kuat.
hahaha.
sebenarnye aku pun tak tau.
~~
____________________________________________________________________

Yang penting pokok ni pun love peace
Peace for everything
Peace that valuable to all life
Cintailah semua kehidupan di dunia ni
Don't feel suspicious to love peace
Mahukah kita melihat kehijauan dan warna warni
menjadi pudar begitu saja?
Apabila kita love peace,bermakna kita sayangkan semua hidupan
Buang kasut lama, buka langkah baru esok
Sama-sama kita selamatkan bumi dengan apa yang termampu
Love Peace!
Sempena Kempen Bumi Hijau

time

every moment,every second
there are many thing happen
you can't let it split out
like all doesn't happen
all happen immediately
maybe some goodness will never came twice
so try to appreciate it
sometime, they are precious to us

Monday, June 15, 2009

macam-macam alem

haha..gile la ari ni..jumpe mbe lame..diorg still menyegat lagi cam dulu..haha..klaka dan best..main bowling,kfc,pi ngurat awek,hahaha...bowling aku tgk je,tak minat main..haha..macam2 borak..kisah lampau ade,ngarut2 pun ade..start cerita pasal pisang, terus melalut sampai jadi keretapi...takla aku ngarut..tapi lebih kurang camtu la mksud dia..haha..walaupun aku pon byk buat diorg ketawa..tapi tak mungkin tu diorang kalo tak bole terima lawak2 bodo aku ni..haha..tapi diorg pun buat aku ketawa gak..diorang pnye reflect mmg best,ontime(betul2 time mulut aku ni nak terbahak,rase paru2 pun nk klua skali),padat dan spontan..hahaha..

thnks sebab anta aku balik rumah fatah,debab ngan ulat!hehe..

Sunday, June 14, 2009

Selamat Malam

selamat malam semua!
famili,kawan,dan semua penghuni langit dan bumi!
masa'ul khair..Assalamualaikum

hujan

semalam panas dari pagi sampai ke petang
bahangnya bukan kepalang,rasa sampai ke tulang
hari ni hujan memanjang sampai tak nampak siang
nampak hujan menitis,bunyi guruh dan petir,macam-macam terpikir..hehe

Saturday, June 13, 2009

selisih faham

Ada orang pernah cakap
langit takkan selalunya cerah
lautan mana yang tak bergelora
sedangkan lidah lagi tergigit
inikan pula suami isteri
macam tu la lebih kurang bait ayat dia

Bila masing-masing nak menegakkan benang yang basah
langit pun jadi tak berbintang
emas hilang silau,batu disangka belian
sampai yang menang jadi abu, yang kalah jadi debu
baru terasa agaknya

Selisih pendapat memanglah fitrah
tapi tak mungkin sampai kita perlu berbalah
takut akhirnya retak yang seterusnya menanti belah
kalau kita tak berusaha untuk berdamai
mungkin akan tenang air yang berkocak
bila semuanya mampu bersepakat dan saling memahami

Bukan melalut yang karut
tapi menyebut apa yang patut
berkata benar sekalipun pahit didengar
yang memerhati,hanya mampu tersenyum
Wallahua'alam..

Tuesday, June 9, 2009

politiking in Malaysia

Everything for Malaysia's sake

Malam ni nak sentuh sikit pasal politik di Malaysia ni.hehe.hari makin hari,lanskap politik kat negara kita ni banyak yang berubah.seronok kadang-kadang bila kita ikut perkembangan politik ni.tapi aku rase semua orang khususnya rakyat Malaysia yang beragama Islam mahukan negara yang benar2 menjadikan perlembagaan Islam sbg tunjang dalam pentadbiran.barulah akan jadi satu negara yg melahirkan ramai cendekiawan Islam,ekonomi yang stabil,jurutera & arkitek Islam yang terunggul,makanan halal jd rutin utk masyarakat dunia,belia dan masyarakat yang bersosial ikut cara hidup Islam yang sihat dan banyak lagi yg mendatang kebaikan sebenarnya. lagi,amalan Islam ni pun bukan baik untuk org Islam je,untuk semua makhluk kat muka bumi ni.sebab 'Islam Is For All'..hehe..lagipun Allah memberkati semua perkara yg tak menyimpang dr hukum-Nya.bila semuanya diberkati Allah,everything will going smoothly & profitable.itu mgkin dpt explain sedikit sbyk kelebihan mengamalkan carahidup Islam ni.tapi semuanya tkkan berhasil kalau semua org tak sama2 berusaha ke arah itu.ape yang kita bole fikir,sama2 kita fikirkan.hehe.satu lagi,nak sentuh pasal amalan kronisme dalam politik di Malaysia.aku rasa kronisme ni tak salah.yg pnting pemilihan sesuatu kroni itu hendaklah pada org yang benar2 layak,org yang btul2 mengamalkan cara hidup Islam.apbl salah amalan kronisme tu,mgkn mmbawa kehancuran kpd negara.rasuah mungkin jadi cam amalan biasa time tu,kalau semua ni tak dibendung dari awal.hehe,tu semua hanyalah sekadar pendapat dr hamba.boleh perbetulkan di masa hadapan.semua pembaca boleh tlg memperbetulkan kesilapan hamba ini agar dpt mempertingkatkan pengetahuan tentang sesuatu yg boleh membawa kebaikan kepada negara..:)

p/s : harap minta maaf.semua ni adalah pendapat dr hamba yg sangatlah byk kekurangannya ni.diharap tidak disalah anggap.ini bukan satu hasutan.taknak masuk ISA.hehe.

Monday, June 8, 2009

peranan emosi

apekah emosi?ape yang semua orang paham tentang emosi?bagi aku emosi ni tak lebih dari hiasan.yang ade baik buruk sendiri.sebab ianya lahir dari fikiran kita.bila otak kita bagi lampu hijau untuk sesuatu emosi yang negatif,maka jadilah perasaan marah,nak mengamuk,itu tak kena,ini tak kena.tapi bile kita ni berjaya kawal ketidaksiuman emosi kita ni,maka tak dapat lah rasa marah,serabut ape2 lah yang negatif senang nak keluar kat alam ni.jadi sape lagi yg patut beri perhatian lebih kat sini?sape lagi la kalo bukan kita.dah tentu kita yang kawal emosi ni,apela tanye lagi.kalo kita berjaya kawal emosi ni walau sekali,jangan lupe untk mengucapkan syukur kepada Ilahi.sebab semua kejayaan datangnya dari rahmat Dia Yang Maha Berkuasa.hehe..:)

p/s : emosi yang positif membawa 1000 kebaikan,emosi yang negatif mendatangkan 1000 masalah.

kawan yang baik

Bukannya senang nak cari kawan yang baik
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik


p/s : kawan ibarat sebuah lagu..

Friday, June 5, 2009

Sayonara K.L!

Selamat tinggal Kuala Lumpur,
Selamat tinggal warga kota,
Selamat tinggal wajah-wajah yang berbagai,
Hati yang bermacam-macam,
Diskriminasi haiwan beroda yang meraung bengis,
Yang sentiasa memecah sunyi kota,
Hamparan bangunan dan lautan manusia yang sesak,
Hembusan angin malap,
Yang bercampur darah dan tangisan flora dan fauna,
Yang sering terpinggir dan teraniaya,
Menunggu saatnya akan rebah,
Kerana rakusnya pembangunan membabi buta,
Ratusan projek jutaan ringgit yang tak bersistem,
Mencacatkan lagi pemandangan,
Menyakitkan lagi mata dengan debu-debu projek yang terbengkalai,
Adakah ini kesan dari kepolitikan yang caca-marba?
Dasar undang-undang yang tidak adil?
Ketidak relevan perlembagaan yang menaungi kita?
Atau kerana toleransi setiap individu yang semakin berkurangan?
Mungkin inilah sebenarnya wajah-wajah,
Suka-duka pahit maung Kuala Lumpur,
Penuh dengan amarah,
Berbeza dengan desa yang hijau,
Bebas dari desakan pembangunan,
Bagai langit dengan bumi,

Pembangunan memang tak dapat dielakkan,
Tapi haruslah arus pembangunan yang mengalir sekata,
Dunia dan Akhiratnya,
Apabila tempang perjalanan pembangunan itu,
Maka satu persatu peringatan Allah hidangkan,
Bencana, malapetaka,virus penyakit yang bervariasi,
Yang mungkin berlarutan,
Sehingga,
Semua hamba-Nya,
Yang terdiri dari golongan Ulul Albab ini,
Yang dikurniakan kebijaksanaan dan kewarasan akal,
Berfikir secara dewasa dan luas,
Sabab wa-asbab untuk segala perkara dan petunjuk,
Yang Allah sajikan,
Berpandukan Kalam-Nya dan Sunnah Rasul-Nya,
Di mana terkandung segala ma'sirat dan mu'jizat,
Untuk dibongkar segala penyelesaian,
Demi manfa'at semua,
'Thoyyibatan wa Rabbul Ghafur',
Siapa pun tak akan rugi,
Percayalah,
Anda pasti akan tersenyum sendiri.

Memori yang perit di sebalik pemodenan,
Dari lubuk hati seseorang bernama insan,
Sebagai pedoman untuk diri dan rakan,
Dan peringatan khusus untuk pemimpin yang amanah diabaikan,
Selamat Tinggal Kuala Lumpur.

G.P.A

apakah perlu perasaan kecewa itu?
tak, aku perlu terus ke depan,
tak perlu toleh ke belakang lagi,
nanti yang dikejar tak dapat,
yang dikendong berciciran,
semua ni pasti ada hikmahnya,
mungkin hari ni bukan hari aku,
esok sape tau,
takde jalan lain,selain bertahan,
dengan kudrat aku yang sepinggan,
kadang2,
berjalan lebih baik dari berlari,
lebih baik dari bertongkat.

Tuesday, May 26, 2009

sadness

mana lagi baik?rasa pahit yang kemudiannya semanis-manis rasa, atau kegembiraan yang berakhir dengan trauma kesedihan yang tiada noktahnya. tahukah kita dengan kesudahan yang kita sendiri pun tak pasti?

Monday, May 18, 2009

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada semua guru!
Jasamu sangat besar dan tak ternilai.
melebihi kehijauan hutan gunung,
lautan langit yang biru,
tiada apa yang dapat membalas semua jasa guru itu,
melainkan dengan satu perkataan,
"Terima Kasih Guru"

Saturday, May 9, 2009

rasa baru

apakah rasa ini? satu perkara baru yang begitu asing. langsung tak pernah alami. takut rasa ini akan perlahan-lahan menjadi satu bentuk penderaan mental yang menakutkan.

ego+hipokrit

Kenapa kau ni terlalu ego? aku cuma minta kau buang cara hidup sempit yang kau lalui sekarang ni betul-betul jauh dari diri kau. kata-kata ni adalah sebab aku berasa itu satu tanggungjawab yang perlu untuk aku buat.kalau tidak, aku tak perlu menyusahkan diri aku untuk mengingatkan kau. kalaulah kau rasa cara penyampaian aku terlalu membosankan, aku minta maaf atas segala kekurangan. tapi kau janganlah terlalu mudah untuk melemparkan kritikan,cuma tahu mengikut sang mood dan pemikiran sempit kau, dan lebih baik begini "cermin dulu muka kau, baru boleh menilai orang lain".ia langsung tak membawa apa-apa erti yang baik. malah langsung makin menjengkelkan, memualkan.sekalipun aku tau, aku ni memang lah bukan sempurna dari kesilapan.aku amat terbuka untuk sebarang nasihat, nasihat dari sesiapapun. tapi bukanlah kritikan berbau hipokrit yang terang menjatuhkan.

Sunday, April 26, 2009

berat mulut

aku ni..susah btul nk tgur ssuatu kesilapan yg org da buat.even mber aku sndiri.cume tau diam seribu bhasa, berat mulut utk menegur.I'm always aware for my mistake only.knape aku ni?why be so selfish?kdg2 ade keinginan utk menegur,but not in confident mood.aku rase sangat bersalah.sorry to all my members.I'm not already a good friends.

Saturday, April 25, 2009

Unpredictable

rase da lame tul tak update blog nih.bz skit ngn masalh.satu2 masalah settle.masalah asgnmnt, masalh project.tp blom 100% settle pn.tp okla, tggl skit je lagi.kdg2 rase cam bersalah lak ble groupwork,tp aku tak byk sumbang kerja.rase cam nk start balik,aku buat lebih skit.tp nk buat camne,mase tak mgizinkan.he.sorry to all my partners..:)skrang kne fokus kat fnal lak.tggl lagi 3 hari je tuk prepare 2 subjek first nt.huhu.berdebar2 jgk rase.tp bagi aku,ape yg pnting sume tu sttle ble ade preparation.aku ni mmg bab preparation ni kantoi skit.slalu nye suke sgt study last minute.bawak la aku jpe Dr. Fadzillah Kamsah ke,Mek Habsah ke.mmg aku takkn apply nye motivasi diorg ni.sebab aku mmg camni.haha.myself & certain people only can motivate me.hehe.tu cerite masalh yg da sttle.masalh yg blum?camne?nk aku biar je?aku segan nk citer kat saper.tggl lagi 5 hari nk 1 Mei. aku rase nk blk lepas first paper nt.nk jpe mak ngn abah.baru lega skit otak aku kot.kadang2 ble pikir balik,sakit ati ade,geram ade,kesian ade.tapi nk buat camne,bnda mmg nk jadi.tapi aku rase aku bole mantain akunye cool ni smpai aku blik rumah lepas paper last nt kot.tgk jela camne.aku da mlas nk pikir.habis final,blik rumah.pstu cuti.msti boring time cuti tu.aku rase time tu la kite miss frenz kite.especially DIM.so,aku pikir sblm aku hbis stdy nt,aku nk balas sesuatu kat sume mbe DIM,rase nye nk blanje makan je kot.tapi tk tau lagi.haha.tgk keadaan time tu la camne nt.aku harap friendship ni aku ingt smpai ble2.even da beranak cucu nt.:D.hopefully,ade lagi photo session leps paper last nt,cam sem2 yg lepas.bole aku framekan.tpi biar la kmera mantap skit,bagi jelas skit pic tu nt.lagi satu,harp2 sebelum berakhir episod sem ni.buang yg keruh ambil yg jernih,aku minta maaf kalo ade menyakitkan hati sume mbe2.aku pn taknak mngutuk2 org lagi.haha.kalo ade pn gurau2 je tu.hehe.biase la,baru la meriah skit.haha:D.ape lagi ek aku nk borak?mm..nt la aku smbung.

Sunday, April 19, 2009

Hero dari selatan

Alkisah, sebuah kisah yang memang benar2 berlaku. terjadi dekat je ngn aku.sekeliling aku. seorang pemuda, yang memang tak disangkal keakraban ngan aku. telah berubah sekelip mate. dari seorang yang aku akrab, jadi seorang yang luar biase. seorang yang cube menjadi Hero dalam hidup seseorang lain. seseorang yang bagi dia sangat penting,seorang yang baru dalam hidup dia. terase macam nak semakin menjauhkan diri dari dia. ape aku patut buat?? kisah hero ni tak terhenti stakat ni. malah, masalah demi masalah yang aku tak pernah bayang terjadi kat dia. dan dia selalu luahkan kat aku masalah besar dia kat aku. aku memang tak mampu nak buat ape2. sebab aku pn da penat, penat nasihat, penat dengar luahan masalah demi msalah dia. aku seakan putus asa dgn sikap dia. yang seakan Hero. macam Hero filem Hindustan campur Hollywood. apelah..Now,I have no idea how to stop him,to help him.but he is one of my best friends, and could be not.mind if i ignore him?

*aku pn macam da bosan ngan cerita hero ni.panjang lagi cerite dia ni.

Saturday, April 11, 2009

keyboard


best main keyboard.
tapi agak berselirat tangan ni.
tapi bole, slow down.
step by step.
semalam blaja sikit.
esok sikit.
mgu depan.
sampai rase puas.
sendi jari & tangan pon jadi lembut.
nak goreng nasi rase cam senang je skarang ni.

Friday, April 10, 2009

lost control

sampai satu tahap.
aku still tak pandai nak control diri aku sendiri.

Thursday, April 9, 2009

penat


tak tido lagi aku malam ni.
tapi nasib baik tido sekejap.
ok sikit la.
banyak sangat berpikir.
dah bercabang-cabang fikiran kat otak aku nih.
macam ranting pokok.
dan cabang ranting tu, terbelit-belit.
terbelit-belit sampai nak pegang satu-satu ranting tu pn susah.
kadang2, penat jugak otak aku ni.
dia pun nak berehat jugak.
tapi aku takde semua tu.
takde mase utk otak aku berehat.
satu badan aku da penat.
penat ngan semalam,hari ni,mgu lepas,esok mungkin.
tak tau sampai bile.
aku nak tgu final,nak sttlekan semua ni.
bole ke aku?
aku nak sokongan dari member aku,partner aku.
i'm tired to be alone.
bukan taknak berpijak di bumi yg nyata.
tapi,
banyak btul.
tak larat nak berpikir.
otak aku dah kehabisan idea yg kreatif.
aku perlukan rawatan 'CPR' utk dapatkan nafas2 idea yang segar.
nak refill balik.
macam mana?
aku penat..

Wednesday, April 8, 2009

blank

aku skarang da blank.xde entri yg menarik nk aku kongsikan buat mase ni.takde masalah pape.orang pun takde masalah ngan aku.i hope so.tak tau la.skarang-blank-

Monday, April 6, 2009

gelak

haha..
tak tau la.
apsal tbe2 aku tergelak.
mybe klaka ngn diri sndiri.
ke orang lain buat lawak?
tak tau la.
tapi mmg da pecah perut aku ni gelak.
hari2 gelak,bole hilang semua ilmu aku blaja.
hahaha..
tolong..tolong..
pegang tangan aku ni.aku nak tumbuk dinding.

Sunday, April 5, 2009

Leo

Introspection gives you strength, especially if you think about what makes you mad.
the sound look common,
but full of means,
sometime, i feel the same with the horoscope.
but not at all.
so many thing has make me crazy.
now, i need the strength.
but how?

Saturday, April 4, 2009

Friday, April 3, 2009

Pelangi

berhenti mengejar pelangi,
biarkan ia lenyap,
bersama gumpalan awan,
sebelum datang,
sinaran baru yang lebih meyakinkan,
imbangi semua perasaan.

Thursday, April 2, 2009

rendah diri














apsal.tbe2 rase rendah diri aku ni.sangat rendah.mcm langit ngn bumi.mcm jurang dgn daratan.

tak terurus

bulan ni..
banyak btul urusan yg ptut di-sttlekn..
sampai diri pn da mcm tak terurus..
gila..
btl2 gila..
ape pendapat korang?
by 2 week..you must sttle all 8 assgnmnt n project..
1 week left for preparing the final exam..
don't believe it?
believe it..

Wednesday, April 1, 2009

Thursday, March 26, 2009

Chapter 6,8 & 9













esok ade test.
skang bace notes chpter 6,8 & 9.
agak byk jgk la.
layan lagu sambil bace.
pn tak le bla gak.
kepala melayang-layang.
jam pn da kul 12a.m.
mampos aku sok!
buat relax.sok cume kuiz.
hahaha.
da malam.
mate pn da gelap.
selamat tido kengkawan.
gd luck sok..! :)

home welcoming












tak sabar.tak sabar nak balik.nak jpe family.
sape la yg taknk balik?semua org nak blk.
tipu kalo ckp tknak blk, jpe family.
lagi la kalo da lame tak balik.
mcm aku.msti ade rase rindu jgk la.
kite ni saling brgntungan lagi.tu mmg kompem.
slagi la kite ni blum ade family sndiri.he..
no matter how,hbngn kite ngn family mcm air dicincang tkkan putus.
so jgn biarkn ade gap antara kite ngn family.
balik la..balik la..
huahua..

Monday, March 23, 2009

the power of changes*

tggl lagi bpe ari je lg..tk sabar rase nk blk rumah mgu ni, nk jpe fmily..hehe..rase cam da lame sgt tak blk..ape la agknye perubahan yg brlaku.. hehe.. x sabar nk tau..da 3 mgu tak blk la kan..mm.. mmg terase lame la jgk..tp nk buat cmne..keadaan tak mgizinkn tuk blk..hehe..ape la ye yg berubah.. xdpt dbyngkan.. pikir balik, ape la perubahan yg ade kat kt aku lak..perubahan yg sepatutnye msti positif..yg org skliling harapkn..kalo tak..bosan org pndang.. takde perubahan..hehe.. tapi yg pnting perubahan tu mstila ikhlas..barula dapat manfaatnye kn?..life ni memang tak kn lari dr segala perubahan..even positive or negative..perubahan mmg pnting..sume org mnghrpkan perubahan..smada tuk diri sndiri atau org lain..n perubahan msti selari ngn jiwa..bkn stakat hgt2 taik ayam..kalo tak, samela kite ngn glongan hipokrit ,orang munafik..ckp belit-belit..tk serupa bikin..yg slalu mghrpkn sesuatu tuk berubah..sesuatu yg lahiriah, fana, materials..mcm2 lg..diorg ni slalunye takkan prnh rase bhagia ngn perubhan diorg tu..x pernh rase puas,x brsyukur ngn diri sndiri..haha..tu la hakikatnye..tgk je la ragam org kt skliling..sndiri pn bole nmpk kan?mcm2..he..trdtik plk rase syukur dlm hati ni..beruntung jd diri sndiri..bruntung dlahirkan kt dunia ni..brsyukur sgt2 kpd Tuhan yg menciptakan alam n dunia ni..teringin perubahan..perubahan yg mndekatkn lagi diri kte dgn-Nya..totally the perfect changes..cool!.. he.. so,meh la ramai2 dongak kat langit,renung2kn.. n muhasabah la tuk kebaikan diri kite same2.. wallahua'lam..:)

p/s : nukilan ni tidak ditujukan khas untuk sesiapa..
sekadar coretan aku ^~^
*the better changes will always bring us to a better life

macam-macam Alem

seminggu je create blog..da mcm2 prkara brlaku yg smpt aku kongsi..hehe..aku mmg suke ade ruangn cmni..sng aku nk brdiskusi..bebas..takde pngaruh sape2..ikut suke pale otak aku..skng ni pon, tggl sbln je da nk final..ngn assgnmnt nye lain..hehe..mcm2 hal..satu lg..sem ni, aku rase aku da smkin rapat ngn sume classmate aku..tu yg best sbnrnye..beza ngn aku mse mule2 start study dlu..kurg cmpur org..haha..plik2..tp tu la realitinye..n mcm2 jenis ragam orang aku da mule paham..pape pun sume tu tuk kebaikan aku..aku byk blaja dr sume ni..skurang-kurangnye dpt la gak aku motivate dri aku ni..diri sndiri yg byk kekurangan,klmahan..hehe..best la sem ni..terutama classmate aku..korg memang best !..n sume mbe aku yg mngenali aku, yg tak lupe aku..spnjg aku kat Unikl ni..Thanks to you all..jpe nt, aku blnje korg roti canai Pak Hassan..! ngn teh O ais..!

Saturday, March 21, 2009

high anxiety?

aku nk tenangkn diri aku..bg 5 minit..aku nk bertafakur jap..hilangkan kerisauan

one family

bile da time camni..teringt la kat sume family aku..aku rase rindu sgt kat diorg..mybe diorg pn rase camtu kat aku..kalo aku tak dpt buat yg terbaik sem ni..scara automatik,aku dah hmpakan harapn diorg..hrapan yg brbatu-batu jauh..camne ni..?aku msti blas sume harapan tu..tak kire dlm keadaan ape pon..abah, mak, Sharul, Nua, Nurul, Fateha, Izah..aku sayang semuanya..tak kire jauh mane pn aku, semua satu fmily aku ade dlm motivasi diri aku..

P/s : mak,abah..alem blk ujung bulan ni kot..keje byk..:)

serabut

tak tau la knape..tapi rase cam da start nk serabut balik da..aku nk belagak cool pn mcm tak bole..kepala pikir byk benda..assgnment bersepah-sepah..aku da nmpk da sume keserabutan tu..semalam buat prctical test pun, ade something aku lupe nk buat..hrp2 ok la mrkah aku tu..puan Lily..tolong la bagi markah tinggi skit..blum lg test2 yg lain..aduhai..kawan2..tolong bagi aku smgt balik..aku tknak pointer aku jatuh lg..ni la sem penentuan aku..kalo tak,aku trpkse mule blk dr bawah..mcm mne aku nk mnage mase aku ni..assgnment/test..?mane yg aku ptut dulukan?sebab assgnment tu memerlukan mase yg lbih byk dr test..tp test la yg byk mmbntu pointer,byk bagi mrkah..?tp assgnmt pn tak kurang pentingnye jgk..so..what must I do..?waaa..

mood : kacau-bilau + serabut

Wednesday, March 18, 2009

detik akhir kewafatan Rasulullah..:)

Mari kite tenang-tenangkan diri kte dengan peristiwa saat akhir kewafatan Rasulullah..Semoga kite same2 mndapat keberkatan n ketenangan diri..Kisah tentang cinta yg sebenar-benar cinta yg dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.Pagi itu,walaupun langit telah mula menguning,burung2 gurun enggan mengepakkan sayapnya.Pagi itu,Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah.'Wahai umatku,kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.Maka taat dan bertakwalah kepada-Nya.Ku wariskan dua perkara kepada kalian,tidak akan sesat selama-lamanya.Al-quran dan Al-Sunnahku.Barang siapa mencintai sunnah ku,bererti mencintai aku.Dan orang2 yg mencintaiku kelak akan masuk syurga bersama-samaku'.Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yg tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca.Umar pula turun naik dadanya menahan tangis.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya.Tahulah mereka...isyarat itu telah datang,masanya sudah tiba!

'Rasulullah akan meninggalkan kita semua'.Manusia tercinta itu sudah selesai menjalankan tugasnya di dunia.Tanda2 semakin kuat.Ali dan Fadhal dapat menangkap Rasulullah berkeadaan lemah dan goyah semasa turun dari mimbar.Saat itu,andai mampu,mahu sahaja seluruh sahabat menahan detik2 daripada berlalu.Matahari kian meninggi.Para sahabat mengelilingi rumah Rasulullah tetapi pintu rumah Baginda masih tertutup rapat.Di dalamnya,Rasulullah terbaring lemah,keningnya berkeringat membasahi pelepah tamar yg menjadi alas.

Tiba2 di luar pintu terdengar seseorang mengucap salam.'Bolehkah saya masuk?' tanyanya.'Maaf,tidak boleh.Ayahku sedang demam'.Fatimah membalikkan badan menutup kembali pintu.Rasulullah bertanya siapakah itu.Fatimah menjawab 'Tidak tahulah,ayah.Baru pertama kali aku melihatnya'.Tiba2,Rasulullah menatap wajah puterinya itu dengan pandangan yg menggetarkan.Seolah-olah setiap bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 'Ketahuilah,dialah yg menghapuskan kenikmatan sementara,memisahkan pertemuan di dunia.Dialah MALAIKAT MAUT'.kata Rasulullah.Lalu Fatimah pun meledakkan tangisnya.

Malaikat Maut menghampiri Rasululllah.Bertanya Baginda akan Jibril yg tidak turut serta.Kemudian dipanggil Jibril yg sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah ini.Baginda bertanya 'Jibril,jelaskan apa hak ku nanti di hadapan Allah?'.Jibril menjawab 'Pintu2 langit telah terbuka,para malaikat menanti roh mu dan pintu syurga terbuka luas menanti kedatanganmu'.Tetapi itu tidak membuatkan Baginda lega,sebaliknya matanya masih penuh kecemasan.'Bagaimana nasib umatku kelak?'tanya Baginda lagi.Jibril menjawab 'Jangan khuatir,aku pernah mendengar Allah berfirman kepadasku-Ku haramkan syurga kepada semua kecuali setelah umat Muhammad telah berada di dalamnya-'.

Saat Izrail melaksanakan tugas semakin dekat.Dengan perlahan,roh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Baginda dibasahi peluh,urat2 leher menegang.Rasulullah mengaduh 'Jibril,sakitnya sakaratul maut ini...'.Fatimah memejamkan mata,Ali di sebelah menundukkan kepala sedang Jibril memalingkan muka.Rasulullah bertanya akan perilaku Jibril memalingkan muka.Malaikat penghantar wahyu itu menjawab syahdu 'Siapakah yg sanggup melihat kekasih Allah ini direnggut ajal?'Kemudian,terdengar Rasulullah memekik kerana tidak tertahan lagi.'Ya Allah,dahsyatnya saat maut ini.Timpakan saja semua siksa maut ini kepada ku.Jangan ditimpakan kepada umatku...!'.Badan Rasulullah mulai dingin,kaki dan dada sudah tidak bergerak lagi.Hanya bibir bergetar seakan membisikkan sesuatu.Ali lantas mendekatkan telinganya mendekati bibir mulia insan teragung itu.'Uushiikum bis shalati wa maa malakat aimanukum' (peliharalah solat dan orang2 yg lemah diantara mu).

Di luar,tangisan mulai kedengaran.Sahabat saling berpelukan.Fatimah menekup wajahnya dengan tangan,dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Baginda yg mulai kebiruan.'Ummati,ummati,ummati' (umatku,umatku,umatku).Dan kemudian...berakhirlah hidup insan mulia yg memberi sinar itu.Betapa suasana pilu menyelubungi keluarga dan para sahabat.Umar sukar menerima hakikat akan kewafatan Rasulullah hingga berkata 'Akan ku bunuh sesiapa yg berani mengatakan Muhammad telah wafat'.Mendungnya bukan sahaja di persekitaran rumah Baginda,malah meliputi kawasan Madinah dan turut dikongsi seluruh alam.

Kini,mampukah kita mencintai Rasulullah sebagaimana Baginda mencintai kita?Allah humma solli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaih.Sesungguhnya mencintai Allah dan Rasul,semua yg selain itu hanyalah fana' belaka.Wassalam.

|penjelasan|









oh Tuhanku..
besarnya dugaan yg Kau timpakan..
keatas hamba-Mu yg hina ni..
oh Tuhanku..
kau berikanlah aku ketabahan..
agar aku menjadi hamba-Mu yang yang soleh..
ku bersyukur..
rasa sangat bersyukur..
dengan segala dugaan..
yg besar nilainya di sisi-Mu..

untuk kawan atau sahabat..
TERIMA KASIH..
untuk satu penjelasan..

Tuesday, March 17, 2009

masalah?

ape itu masalah?...siapa masalah?...aku tak tau ape masalah datang kat aku lepas ni...aku harap first page blog aku ni bersih dr masalah...aku tau masalah akan datang sekalipn aku tak mintak...tp...aku akn try lawan masalah aku tu ngn cara aku sndiri...spt phlawan Melayu yg menentang lanun jahat...

Monday, March 16, 2009

bosan+gembira


hari yg bosan..

kelas lgsung xde..

pon bole jd bosan..

semalam pg PD..

byk kegembiraan yg aku dpt..

susah nk d'ungkap dgn tulisan..

tp aku trjemahkn dia dlm bntuk gmbar..

mcm gmbar kat atas tu..he

kalo la life aku setiap hari..

same kegembiraan yg aku dpt kat PD..

alangkah best nye..

Pasal En Sidi..

selain dr seorg insan yg suka cr point student..

juga seorg manusia yg mmpunyai pmikiran bisnes..

pagi ptg siang mlm..

bisness je la yg duk kat kpala otak dia..

mase mlm kat PD..

dia ajar aku sdkt ilmu..

ilmu mcm mana nk mnghadapi dunia bisnes la ni..

seronok..

sgt seronok..

rase cam nk pg skang dunia tu..

tp tk tau nk bli tket ktne..

pkcik..

oo pkcik sidi..

haha

PD & berenang..

Hari ni adalah hari pertama selepas lawatan ke PD.....aku rasa cam tak percaya je aku pegi PD.....sbb aku ni byk pegi pntai sebelah timur......kalo ade pn mase kecik2....okla gak,dpt jgk rlease tnsion.....tp satu je yg mmbuatkan aku rase rugi ble pg bercuti kat PD ni....aku tak pndai brenang....he....tu je la mslhnye.....da lame aku teringn nk blaja brenang ni....tapi mase tak mgizinkan...kalo ade rezeki sok,aku nk pegi mndi kat PD lg,nek banana boat lg...he...aku nk mndi tmpt dlm skt..nk blagak skit kat org,aku nk brenang dr laut dalam tu smpai pntai....aku tlg tarik banana boat tu nt...haha.....rugi beb kalo tak tau brng...lagipun tu kan sunnah nabi,ape salah kalo kite blaja n amlkan kn?..he..




P/s : Belajarlah berenang ,banyak manfaatnye yg kite nmpak & tak nampak..