Selamat tinggal Kuala Lumpur,Selamat tinggal warga kota,
Selamat tinggal wajah-wajah yang berbagai,
Hati yang bermacam-macam,
Diskriminasi haiwan beroda yang meraung bengis,
Yang sentiasa memecah sunyi kota,
Hamparan bangunan dan lautan manusia yang sesak,
Hembusan angin malap,
Yang bercampur darah dan tangisan flora dan fauna,
Yang sering terpinggir dan teraniaya,
Menunggu saatnya akan rebah,
Kerana rakusnya pembangunan membabi buta,
Ratusan projek jutaan ringgit yang tak bersistem,
Mencacatkan lagi pemandangan,
Menyakitkan lagi mata dengan debu-debu projek yang terbengkalai,
Adakah ini kesan dari kepolitikan yang caca-marba?
Dasar undang-undang yang tidak adil?
Ketidak relevan perlembagaan yang menaungi kita?
Atau kerana toleransi setiap individu yang semakin berkurangan?
Mungkin inilah sebenarnya wajah-wajah,
Suka-duka pahit maung Kuala Lumpur,
Penuh dengan amarah,
Berbeza dengan desa yang hijau,
Bebas dari desakan pembangunan,
Bagai langit dengan bumi,
Pembangunan memang tak dapat dielakkan,
Tapi haruslah arus pembangunan yang mengalir sekata,
Dunia dan Akhiratnya,
Apabila tempang perjalanan pembangunan itu,
Maka satu persatu peringatan Allah hidangkan,
Bencana, malapetaka,virus penyakit yang bervariasi,
Yang mungkin berlarutan,
Sehingga,
Semua hamba-Nya,
Yang terdiri dari golongan Ulul Albab ini,
Yang dikurniakan kebijaksanaan dan kewarasan akal,
Berfikir secara dewasa dan luas,
Sabab wa-asbab untuk segala perkara dan petunjuk,
Yang Allah sajikan,
Berpandukan Kalam-Nya dan Sunnah Rasul-Nya,
Di mana terkandung segala ma'sirat dan mu'jizat,
Untuk dibongkar segala penyelesaian,
Demi manfa'at semua,
'Thoyyibatan wa Rabbul Ghafur',
Siapa pun tak akan rugi,
Percayalah,
Anda pasti akan tersenyum sendiri.
Memori yang perit di sebalik pemodenan,
Dari lubuk hati seseorang bernama insan,
Sebagai pedoman untuk diri dan rakan,
Dan peringatan khusus untuk pemimpin yang amanah diabaikan,
Selamat Tinggal Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment