Menikmati tirai Muharam.
Disaat merenung baki mega terakhir hari ini, aku menghela nafas segar sedalam-dalam diiringi aroma yang asyik, sambil menikmati ranjau yang berulit. Permai desa jauhariku ini, jauh sekangkang bedanya dengan kota nilam yang berantakan dengan runtutan nafsu dunia. Aman dan merehatkan. Udaranya juga nyaman. Sungguhpun begitu, kelihatan redup sekali langit Disember ini. Angin dan awan berpusu hebat, merampai dan bergumpal mengekang sinar, sambil sarat menggendong rahmat. Tiba masanya, curahan kasih Ilahi ini akan lembut menyimbah bumi sambil santun membawa gurindam gembira. Syukur pada-Nya, Ya Allah. Lembah kini emas berkilau, setelah beransur-ansur layu. Berita gembira dari Yang Maha Esa.
Tersentak aku oleh laungan Azan Maghrib. Hakikatnya, terasa purnama ini seakan menjerut leherku, melemahkan dadaku. Tetapi tak perlu aku bingkas melatah dan terbelit, kerana aku masih ada Sang Maha Berkuasa untuk mendengariku. Sebelum Muharam tersingkap, Hijrah kali ini haruslah aku persiap-sediakan kegembiraanku.