Indahnya senyum matahari!
terang lagi bersinar
menyimpan beribu harapan
yang jauh berbatu
jauh lagi di dasar hati
dan disebalik bayang-bayang
kelibat penuntut baru
tersimpan nafsu membuak
rasa menjangkau keinginan
perasaan bangga
menjadi anak perantauan
dan dalam lingkungan kecil
terasa seperti keanak-anakan
anak kecil yang bermudik dengan perahu usang
berlabuh di suatu penempatan
yang bernama perkampungan universiti
hahaha.tahniah kepada semua penuntut baru UniKL MIIT!anda sememangnya layak menjadi mata hati kepada universiti ini.jadi buktikanlah mata anda,bukan mata yang senyum palsu menyembunyikan sesuatu,tetapi mata yang didukung inspirasi dan wawasan yang wajar direalisasikan.belum ada kata muktamad atau titik noktah untuk anda bertempik mengatakan disinilah destinasinya.walhal sebenarnya universiti ini hanyalah penghubung kepada satu dimensi, yang dikenalpasti sebagai KEJAYAAN.jadi teruslah mengorak langkah,langkah kanan yang disertakan keazaman untuk maju ke hadapan.keriangan di tujuh hari pertama ini wajar diakhiri dengan perkara yang sama,di samping segenggam ijazah di tangan.
salam perkenalan kepada semua penuntut baru Unikl MIIT=)
salam jabat mesra dari saya!
No comments:
Post a Comment