Friday, July 3, 2009

Pak Pandir Memimpin Kebodohannya Sendiri

Pak Pandir?
Siapa tak kenal dengan orang ni.
Satu Malaya khususnya.
Sungguhnya dia memang terkenal.
Terkenal dengan kebodohan melampau yang tak disengajakan dia.
Sedikit cerita untuk menggambarkan tahap kebodohan dia;

Suatu hari Pak Pandir
diminta isterinya carikan anaknya
yang keluar dan tak pulang-pulang
lalu mencarilah Pak Pandir tanpa banyak soal
tapi dalam perjalanan mencari anaknya
ternampak satu pokok mangga yang lebat buahnya
dasar nafsu membuak-buak
terhenti perjalanan mencari anaknya
beralih pula ke buah mangga yang tampak segar
lalu diambilnya batu sebesar kelingking
dibalingnya bertubi-tubi ke arah buah itu
dengan harapan mengena satu
malang sekali balingannya langsung tak tepat
setelah penat berganti petang semakin hampir
lupa berlauk kebodohannya perihal mencari anaknya
malah idea lain Pak Pandir datang, tamak berhaloba
kali ini, tiada apa yang beza
cuma saiz batu yang agak besar
bukan agak,tapi sebenarnya memang besar
dengan harapan dapat mengenai lebih banyak
walaupun satu pun belum terjamah
lalu dibalingnya
juga tidak tepat
tapi lain pula yang jadi
balingan batu besar tadi jatuh menghempap seorang budak
yang kebetulan lalu dibawah itu
sampai mati tercungap budak itu dibuatnya
oleh kerana ketakutan teramat sangat
Pak Pandir meninggalkan kawasan tu
dan terus pulang ke rumah
terus dimarahnya dia oleh Mak Andeh sesampai di rumah
kerana sampai ke petang masih tak dapat jumpa anaknya
Pak Pandir termenung nasibnya di anjung rumah
tanpa tersedar yang terhempap batu balingannya tadi anaknya
anaknya yang cuma pulang belajar di rumah kawan
pulang melalui jalan itu, kebetulan melalui bawah pokok mangga itu
tak disangka hayat berakhir memalukan
kerana kebodohan ayahnya sendiri
menunggulah sepurnama kepulangan anaknya yang sudah tiada
anak tak berdosa yang terkubur di bawah pokok mangga

Masih ada lagikah orang sebegini pada zaman sekarang?
Masih adakah orang yang bodoh seumpama ini?
Di rumpun Malaysia seumpamanya.
Baik golongan intelek mahupun yang duduk serendah-rendah kerusi.
Kadang-kadang ada tindak-tanduk yang tanpa sedar
menyerupai kebodohan Pak Pandir
Hahaha.
Betul ke?
Siapa tahu..

3 comments:

Di pinggiran said...

Ade..sape kate tak de..org spesis semacam ini mmg ada

'You gave them inch, they want a mile'

*Eh Alem, hang ni blaja kat mana?

NajaTikaH said...

salam.

anda sgt pandai berpuisi!

meluahkan idea melalui puisi.

gud.

alem said...

to amr : btul2..tak pernah rasa bersyukur..he
to najatikah : terima kasih..hehe..anda jugak tidak kurang hebatnya..mgkin gaya macam ni tidak nampak terlalu 'straight to point' sangat..lebih selesa..