terlalu pantas menabur,
bimbangkan,
jika terlucut pegang,
pantas bertabur,
perlukah dulang?
untuk mengasingkan sepersatu kepentingan?
perlu,
sampaikan tertebus yang dihajat,
manis yang tersangat ingin dilaungi.
Showing posts with label kegembiraan. Show all posts

Sunday, February 7, 2010
Thursday, August 20, 2009
malam tak diduga
Apa rasanya bila anda dibaling tepung.dibaling telur.di satu kawasan yang begitu asing.pada satu malam yang anda rasakan sepatutnya tenang.seharusnya tidur lena.
jawapannya.tak diduga.anda akan terbuai-buai dengan realiti kepala berlumuran tepung.baju bermandi telur 4 dozen disamping dinyanyikan lagu tema malam penuh warna serta kek yang benar-benar menyentuh rasa.rasa terharu bercampur gembira buat pertama kali.salam terima kasih sejumlah bintang-bintang dilangit.pada semua pengorbanan untuk malam tadi.
rasa sayang pada kawan-kawan semakin menebal.
untuk jangkaan saya yang lambat menghidu.saya akan ketawa sendiri.sambil terngiang dialog-dialog sepanjang semalam.memang saya akan ketawa sendiri.ketawa kerana sungguh merasakan dialog yang begitu kemas,terperinci dan sukar dibaca isi disebaliknya.
'hahaha' dalam hati.sambil senyum tulus sendiri.
meski ekspresi hanya mampu bisu terharu.tapi hakikat gembira yang bertapak di hati.
salam sayang kepada semua rakan-rakan.
untuk setiap inci pengorbanan.takkan semudah untuk melupakan 'malam yang tak diduga' ini.
terima kasih sekali lagi.:)

Subscribe to:
Posts (Atom)