kuat mana pun kita
pasti lemah dalam persoalan
dahagakan kepastian
itulah realitinya
berbuih suara sekeliling
lagi menambahkan kalut
lagi menyesakkan
hari-hari yang membosankan
suhu emosi menanti didih
selagi boleh bersandar tabah
yang kecil dan halus rangkanya
bersandarlah
jangan biarkan anda rebah
kerana tak semudah kita boleh berpatah
sekali terpijak tahi, baunya bukan kepalang
hari ini, masih lagi semalam
tiada apa beza
detik yang mencurigakan
lagi membosankan
No comments:
Post a Comment