malam ini terasa kelainan.sambil mata yang terkebil-kebil menahan ngantuk.aku teruskan berfikir sambil jari menekan papan kekunci di laptop.aku terasa sesuatu.terasa seperti ingin menulis malam ni.menulis .....
sebulan berlalu sesudah praktikal.dengan lebih tepat,hampir sebulan.tinggal lagi 4 hari menjengah bulan februari.mungkin aku agak kurang sabar bulan ni.ntah la.hehe
kipas yang berhabuk di siling bilik.dengan bunyi uzurnya.terus mengisi ruang antara aku dan fikiran aku.apa agaknya yang aku fikirkan?sungguh banyak.tak habis aku nak menterjemahkan malam ni rasanya.hehe
sambil mata aku menjeling kiri dan kanan.ternampak air mineral botol besar jenama 'Bleu'.rasanya hampir sebulan air tu berada di sebelah laptop aku.tinggal seinci lagi airnya.terasa macam sekolah aku nak menghabiskannya.
dengan pek maggi yang tak terusik.(baru je satu)biskut jagung,roti gardenia coklat.dan tak lupa juga air kotak barli+oren yg baru petang tadi beli.aku terasa macam banyak makanan simpanan untuk aku.tapi bagi aku,itu semua hanyalah hiasan untuk meja yang aku pinjam sementara ni.sekurangnnya,takda lah terasa kosong sangat meja ni.hehe
fikir,fikir,fikir...
bila kembali melihat diri aku.terasa diri ni seperti seorang yang pelik.sangat pelik.haha.ntah la.aku pun sebenarnya tak tulus nak menafsirkan diri sendiri.dan kadang-kadang,dengan sendirinya terasa aku sangat beruntung.pabila ada yang sudi mendengar celoteh kosong aku ni.hoho.walaupun terasa diri ni pelik.haha
aku kadang terlampau dengan imaginasi futuristik aku.terlalu memikirkan kedepan,untuk sesuatu subjek.sehingga hilang fokus yang lain.ah,aku rasa berfikir stail ini merupakan keperluan untuk menghadapi zaman yang bergerak pantas melebihi pemikiran ni.
tiba-tiba fokusku berubah.aku teringat yang esok aku masih ada subjek lain.iaitu subjek praktikalku yang masih tak selesai lagi.hehe.(baru je sebulan)sambil merenung dengan beg empat segi hitam yang tersandar di dinding di sebelah aku.yang sarat dengan bahan berkenaan komponen komputer.itulah kandungan subjek praktikal aku semester ini.walaupun terasa mencabar dengan suasana baru.tetapi dengan baki tenaga yang ada,aku gagahkan juga diri.
walaupun sebenarnya tak terungkai lagi subjek untuk penulisan aku malam ni.tapi aku ingin berhenti jugak menaip.kerana masih ada perkara yang perlu diselesaikan esok.assalamualaikum
No comments:
Post a Comment