Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik
p/s : kawan ibarat sebuah lagu..
Monday, June 8, 2009
Friday, June 5, 2009
Sayonara K.L!
Selamat tinggal Kuala Lumpur,Selamat tinggal warga kota,
Selamat tinggal wajah-wajah yang berbagai,
Hati yang bermacam-macam,
Diskriminasi haiwan beroda yang meraung bengis,
Yang sentiasa memecah sunyi kota,
Hamparan bangunan dan lautan manusia yang sesak,
Hembusan angin malap,
Yang bercampur darah dan tangisan flora dan fauna,
Yang sering terpinggir dan teraniaya,
Menunggu saatnya akan rebah,
Kerana rakusnya pembangunan membabi buta,
Ratusan projek jutaan ringgit yang tak bersistem,
Mencacatkan lagi pemandangan,
Menyakitkan lagi mata dengan debu-debu projek yang terbengkalai,
Adakah ini kesan dari kepolitikan yang caca-marba?
Dasar undang-undang yang tidak adil?
Ketidak relevan perlembagaan yang menaungi kita?
Atau kerana toleransi setiap individu yang semakin berkurangan?
Mungkin inilah sebenarnya wajah-wajah,
Suka-duka pahit maung Kuala Lumpur,
Penuh dengan amarah,
Berbeza dengan desa yang hijau,
Bebas dari desakan pembangunan,
Bagai langit dengan bumi,
Pembangunan memang tak dapat dielakkan,
Tapi haruslah arus pembangunan yang mengalir sekata,
Dunia dan Akhiratnya,
Apabila tempang perjalanan pembangunan itu,
Maka satu persatu peringatan Allah hidangkan,
Bencana, malapetaka,virus penyakit yang bervariasi,
Yang mungkin berlarutan,
Sehingga,
Semua hamba-Nya,
Yang terdiri dari golongan Ulul Albab ini,
Yang dikurniakan kebijaksanaan dan kewarasan akal,
Berfikir secara dewasa dan luas,
Sabab wa-asbab untuk segala perkara dan petunjuk,
Yang Allah sajikan,
Berpandukan Kalam-Nya dan Sunnah Rasul-Nya,
Di mana terkandung segala ma'sirat dan mu'jizat,
Untuk dibongkar segala penyelesaian,
Demi manfa'at semua,
'Thoyyibatan wa Rabbul Ghafur',
Siapa pun tak akan rugi,
Percayalah,
Anda pasti akan tersenyum sendiri.
Memori yang perit di sebalik pemodenan,
Dari lubuk hati seseorang bernama insan,
Sebagai pedoman untuk diri dan rakan,
Dan peringatan khusus untuk pemimpin yang amanah diabaikan,
Selamat Tinggal Kuala Lumpur.
G.P.A
apakah perlu perasaan kecewa itu?tak, aku perlu terus ke depan,
tak perlu toleh ke belakang lagi,
nanti yang dikejar tak dapat,
yang dikendong berciciran,
semua ni pasti ada hikmahnya,
mungkin hari ni bukan hari aku,
esok sape tau,
takde jalan lain,selain bertahan,
dengan kudrat aku yang sepinggan,
kadang2,
berjalan lebih baik dari berlari,
lebih baik dari bertongkat.
Tuesday, May 26, 2009
sadness
mana lagi baik?rasa pahit yang kemudiannya semanis-manis rasa, atau kegembiraan yang berakhir dengan trauma kesedihan yang tiada noktahnya. tahukah kita dengan kesudahan yang kita sendiri pun tak pasti?
Monday, May 18, 2009
Selamat Hari Guru
Selamat Hari Guru kepada semua guru!
Jasamu sangat besar dan tak ternilai.
melebihi kehijauan hutan gunung,
lautan langit yang biru,
tiada apa yang dapat membalas semua jasa guru itu,
melainkan dengan satu perkataan,
"Terima Kasih Guru"
Jasamu sangat besar dan tak ternilai.
melebihi kehijauan hutan gunung,
lautan langit yang biru,
tiada apa yang dapat membalas semua jasa guru itu,
melainkan dengan satu perkataan,
"Terima Kasih Guru"
Saturday, May 9, 2009
rasa baru
ego+hipokrit
Kenapa kau ni terlalu ego? aku cuma minta kau buang cara hidup sempit yang kau lalui sekarang ni betul-betul jauh dari diri kau. kata-kata ni adalah sebab aku berasa itu satu tanggungjawab yang perlu untuk aku buat.kalau tidak, aku tak perlu menyusahkan diri aku untuk mengingatkan kau. kalaulah kau rasa cara penyampaian aku terlalu membosankan, aku minta maaf atas segala kekurangan. tapi kau janganlah terlalu mudah untuk melemparkan kritikan,cuma tahu mengikut sang mood dan pemikiran sempit kau, dan lebih baik begini "cermin dulu muka kau, baru boleh menilai orang lain".ia langsung tak membawa apa-apa erti yang baik. malah langsung makin menjengkelkan, memualkan.sekalipun aku tau, aku ni memang lah bukan sempurna dari kesilapan.aku amat terbuka untuk sebarang nasihat, nasihat dari sesiapapun. tapi bukanlah kritikan berbau hipokrit yang terang menjatuhkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
